Mesyuarat Pengurusan Surau
Perkara: Mesyuarat Pengurusan Surau Sempena Bulan Ramadhan 1430 H
Tarikh: Selasa, 1 September 2009 M / 11 Ramadhan 1430 H
Masa: 8.00 pm
Tempat: Surau KPMSI
AHLI-AHLI JAWATANKUASA SURAU DIWAJIBKAN HADIR
TERIMA KASIH
ASSALAMUALAIKUM
terima kasih di ucapkan kepada semua peljar yang telah sama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan surau kpmsi… terutama pelajar F HND 1 & PIP..
syukur alahamdulillah….
Mesyuarat AJK Surau
Tajuk : Mesyuarat AJK Surau KPMSI
Tarikh : 7 Februari 2009
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau KPMSI
Terbaru : Gotong Royong Surau Ditangguh
Setelah mengambil kira beberapa perkara pihak Jawatankuasa Surau KPMSI terpaksa menangguhkan acara gotong royong pada hari khamis [5 Februari 2008] atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas limpah kurniaNya dapat terhasil juga laman rasmi Surau Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Bota, Perak. Laman ini masih dalam proses pembinaan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
ilaika ilahal khalqi arfa`u raghbati
wa in kuntu ya zal manni wal judi mujrima
wa lamma qasa qalbi wa dhaqat mazahibi
ja`altur raja minni li `afwika sullama
fa ma zilta za `afwin `aniz zanbi lam tazal
tajudu wa ta`fu minnatan wa takarruma
alastal lazi ghazzaitani wa hadaitani
wa la zilta mannanan `alaiya wa mun`ima
`asa man lahul ihsanu yaghfiru zallati
wa yasturu auzari wa ma qad taqaddama
fa in ta`fu `anni ta`fu `an mutamarridin
dzalumin ghasyumin la yuzayilu ma’thama
fa in tantaqim minni fa lastu bi ayisin
wa lau adkhalu nafsi bi jurmin jahannama
fasihan iza ma kana fi zikri rabbihi
wa fi ma siwahu fil wara kana a`jama
yaqulu habibi anta su’li wa bughyati
kafa bi ka lir rajina su’lan wa maghnama
asunu widadi an yudannisahul hawa
wa ahfazu `ahdal hubbi an yatathallama
fa fi yaqzati syauqun wa fi ghafwati munan
tulahiqu khatwi nasywatan wa tarannuma
fa jurmi `azimun min qadimin wa hadithin
wa `afwuka ya’til `abda a`la wa ajsama
—————————————
Terjemahan (kredit)
Ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupkuku
jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu….
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba..
meninggikan dan memuliakan (martabatnya)
Bait-bait lagu diatas adalah sebahagian daripada syair Imam as-Syafie sebelum beliau meninggal dunia. Diceritakan ketika Imam Al-Muzani (salah seorang anak muridnya di Mesir) menziarahi beliau di tempat dimana beliau meninggal dunia, Imam Muzani bertanya akan kesihatan diri beliau. Lantas Imam As-Syafie menangis dan membaca syair Ilaika ini. Sungguh meruntun hati…
Sape Sebenarnya Kita Ni
forwarded message untuk renungan semua
KITA SEBENARNYE…
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYE…
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYE…
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYE…
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYE…
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama para wali,,solafussolleh,nabi dan rasul2,para sahabat nabi.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYE…
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada ALLAH, Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYE…
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka mencarut daripada menyebut Masya Allah.
KITA SEBENARNYE…
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYE…
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYE…
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..
KITA SEBENARNYE…
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..
tapi… layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?
Hmm.. Rasanya ana pun macam tu. Banyak benda yang kadang-kadang kita rasakan betul dan baik bagi kita tetapi sebenarnya ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. Tetapi sebagai manusia biasa konsep Surah Al-Asr perlulah diterapkan dalam hidup.



