Surau KPMSI


Soal jawab agama

*Takbir berapa kali dalam solat?

hadith diriwayatkan oleh Bukhari (756) dan Muslim (392) daripada Abu Hurairah r.a bahawa dia berkata :

Apabila RasuluLlah s.a.w mendirikan sembahyang, Baginda bertakbir ketika berdiri, bertakbir ketika rukuk kemudian BAginda berkata : Sami ALlahu li man hamidah (ALlah mendengar mereka yang memujiNya) ketika hendak membetulkan belakangnya daripada rukuk kemudian menyambung ‘Robbana wa lakAlhamd (Tuhan kami, dan bagi-Mu segala pujian). Ketika baginda dalam keadaan berdiri tegak. Kemudian Baginda bertakbir ketika ingin turun sujud, bertakbir ketika mengangkat kepala, ketika sujud, dan angkat kepala semula. Kemudian Baginda melakukan perkara yang sama dalam sembahyang yang dilakukan sehingga selesai menunaikannya. Baginda juga bertakbir ketika bangun selepas duduk (duduk tasyahud awal) pada akhir rakaat kedua.

Sumber : Al Fiqh Manhaji -Kitab feqh Mazhab Syafi’e oleh Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji.

SEKIRANYA TERDAPAT KOMEN,PENDAPAT ATAU PERSOALAN YANG BERKAITAN SILA AJUKAN….


Tinggalkan Komen

(wajib)

(wajib)



Sedang mengformat komen anda
Kembali ke Puncak | Kawasan teks: Lebih besar | Lebih kecil